Friday, October 16, 2009

Pengurusan modal

Penting bagi kita bijak menguruskan modal yang diperuntukkan dalam pembelian saham. Ada beberapa rakan saya yang terlibat dalam pelaburan saham telah gagal menguruskan modal dengan sempurna. Akibatnya ada diantara mereka telah mengalami kerugian besar. Selain daripada salah memilih strategi pelaburan iaitu membeli secara kontra, tiada kajian menyeluruh terhadap syarikat, pengurusan modal yang silap dan membeli mengikut perasaan juga menyumbang kepada penambahan risiko kerugian. Saya ingin mencadangkan 2 kaedah pengurusan modal yang boleh dianggap kurang risiko.

1. Separuh modal
Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan melaburkan separuh daripada modal kita untuk membeli satu saham syarikat manakala separuh modal lagi kita jadikan sebagai sokongan (back up) untuk membeli semula pada harga yang lebih rendah jika saham tersebut turun.
Contoh :
modal - RM 5,000
Pelaburan - RM 2,500 hingga RM 3,000
Back up - RM 2,000 hingga 2,500

Kaedah ini berguna kepada pelabur yang tersilap jangka akan turunnya saham yang dibeli. Modal 'back up' boleh diguna pakai jika saham syarikat telah turun 20% daripada harga asal yang dibeli. Syaratnya fundamental syarikat tersebut kukuh dan harga saham turun kerana spekulasi.

2. Modal penuh
Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan melaburkan semua modal yang ada dengan membeli dua atau tiga saham syarikat pada satu masa. Perkiraan keuntungan berdasarkan kepada kebarangkalian. Daripada tiga saham syarikat yang dibeli, harapannya satu atau dua saham akan naik manakala saham yang turun boleh disimpan dan dibeli semula pada harga yang lebih rendah menggunakan keuntungan jualan saham yang lain. (kaedah separuh modal).

Kaedah - kaedah lain
1. Satu kaedah yang dicadangkan oleh Warren Buffet ialah 'put all eggs in one busket and watch it'. Bermaksud labur semua modal pada satu saham dan perhatikannya. Kaedah ini memerlukan kajian mendalam terhadap fundamental serta kewangan syarikat yang dipilih.

2. Kaedah lain ada dicadangkan oleh Bursa Saham dalam 'golden rule' iaitu 'don't hold'. Ia bermaksud jangan simpan saham yang dibeli. Jual saham walaupum harganya telah jatuh dan beli saham lain yang lebih berpotensi untuk naik.
Kita perlu faham bahawa Bursa memerlukan aktiviti jual dan beli untuk menunjukkan bahawa ia adalah aktif. Broker saham pula memerlukan aktiviti ini untuk komisyen.

Oleh itu anda perlu pilih kaedah yang paling tepat untuk digunakan dalam pengurusan modal.

No comments: