Tuesday, October 27, 2009

Harga minyak mentah jatuh


Harga minyak mentah telah jatuh 2%. Ini boleh mempengaruhi harga saham syarikat yang berasaskan minyak.image

Artikel ini dipetik dari Staronline.

 
 



Budget 2010 - Business Times

Dipetik dari Business Timesbusiness times

 
 
 
 
 
 
btimes budget
btimes budget2
btimes budget3
btimes budget4 

Monday, October 26, 2009

Budget 2010

Ini lah masa yang ditunggu - tunggu oleh pelabur setiap kali budget diumumkan. Budget boleh mempengaruhi bursa saham dan syarikat yang disenaraikan dalam jangka pendek dan panjang.
Oleh itu kaji lah budget dan syarikat yang terlibat. Pro dan kontra.

Berikut adalah contoh artikel mengenai budget yang diambil dari staronline.










Friday, October 16, 2009

Pengurusan modal

Penting bagi kita bijak menguruskan modal yang diperuntukkan dalam pembelian saham. Ada beberapa rakan saya yang terlibat dalam pelaburan saham telah gagal menguruskan modal dengan sempurna. Akibatnya ada diantara mereka telah mengalami kerugian besar. Selain daripada salah memilih strategi pelaburan iaitu membeli secara kontra, tiada kajian menyeluruh terhadap syarikat, pengurusan modal yang silap dan membeli mengikut perasaan juga menyumbang kepada penambahan risiko kerugian. Saya ingin mencadangkan 2 kaedah pengurusan modal yang boleh dianggap kurang risiko.

1. Separuh modal
Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan melaburkan separuh daripada modal kita untuk membeli satu saham syarikat manakala separuh modal lagi kita jadikan sebagai sokongan (back up) untuk membeli semula pada harga yang lebih rendah jika saham tersebut turun.
Contoh :
modal - RM 5,000
Pelaburan - RM 2,500 hingga RM 3,000
Back up - RM 2,000 hingga 2,500

Kaedah ini berguna kepada pelabur yang tersilap jangka akan turunnya saham yang dibeli. Modal 'back up' boleh diguna pakai jika saham syarikat telah turun 20% daripada harga asal yang dibeli. Syaratnya fundamental syarikat tersebut kukuh dan harga saham turun kerana spekulasi.

2. Modal penuh
Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan melaburkan semua modal yang ada dengan membeli dua atau tiga saham syarikat pada satu masa. Perkiraan keuntungan berdasarkan kepada kebarangkalian. Daripada tiga saham syarikat yang dibeli, harapannya satu atau dua saham akan naik manakala saham yang turun boleh disimpan dan dibeli semula pada harga yang lebih rendah menggunakan keuntungan jualan saham yang lain. (kaedah separuh modal).

Kaedah - kaedah lain
1. Satu kaedah yang dicadangkan oleh Warren Buffet ialah 'put all eggs in one busket and watch it'. Bermaksud labur semua modal pada satu saham dan perhatikannya. Kaedah ini memerlukan kajian mendalam terhadap fundamental serta kewangan syarikat yang dipilih.

2. Kaedah lain ada dicadangkan oleh Bursa Saham dalam 'golden rule' iaitu 'don't hold'. Ia bermaksud jangan simpan saham yang dibeli. Jual saham walaupum harganya telah jatuh dan beli saham lain yang lebih berpotensi untuk naik.
Kita perlu faham bahawa Bursa memerlukan aktiviti jual dan beli untuk menunjukkan bahawa ia adalah aktif. Broker saham pula memerlukan aktiviti ini untuk komisyen.

Oleh itu anda perlu pilih kaedah yang paling tepat untuk digunakan dalam pengurusan modal.

Wednesday, October 07, 2009

Modal paling sedikit

Hari ini satu soalan telah diajukan di chatbox blog ini:



SOALAN: Berapa modal paling sedikit untuk mula melabur?

JAWAPAN: Ia bergantung pada harga saham setiap syarikat.

Contoh

Nama Syarikat - TA-WB
Expiry date - 24/06/09
Harga (30/05/09) - 0.005

Jika anda membeli saham TA-WB sebanyak 1 lot pada harga 0.005 (harga paling rendah yang dibenarkan dalam BSKL)
Harga belian - 50 sen
Tambah kom. belian - RM 41.01
Jumlah kos - RM 41.51

Masalah sekarang ialah anda terpaksa menjual saham pada harga 0.830 hanya untuk mendapat keuntungan sebanyak 1.11% atau 46 sen.

Oleh itu melaburlah secara bijak. Semakin tinggi modal, semakin rendah peratusan keuntungan yang perlu dikejar. (Lihat post 'Cara-cara mengira keuntungan')

Saham berasaskan syariah


Terdapat 88% atau dua per tiga syarikat di bursa saham adalah berasakan syariah. Untuk mengenali syarikat - syarikat ini kita boleh membuat semakan di akhbar tempatan. Petak empat segi di sebelah nombor kod syarikat menandakan ia adalah syarikat berasaskan syariah.




Tuesday, October 06, 2009

Cara-cara mengira keuntungan


Tujuan utama kita melabur ialah untuk mendapatkan keuntungan. Cara mengira keuntungan ialah menggunakan kaedah (peratusan kenaikan saham tolak kos).

Contoh 1

Nama Syarikat - Jotech
Bentuk Graf - Candlestick
Tempoh - 8 julai hingga 5 Oktober
Anda telah membeli saham Jotech pada 8 julai pada harga 0.065 sebanyak 310 lot.

Harga belian - RM 2,015.00
Tambah Kom. belian - RM 43.61
Jumlah kos = RM 2,058.61

Pada 3 Aug anda telah menjual saham Jotech pada harga 0.1 sebanyak 310 lot.
Harga jualan = RM 3,100.00
Tolak Kom. jualan = RM 44.93
Jumlah = RM 3,055.07
KEUNTUNGAN = 48.40% atau RM 996.46



Contoh 2
Anda telah membeli saham jotech pada 5 Oktober pada harga 0.07 sebanyak 280 lot.

Harga belian = RM 1,960.00
Tambah kom. belian = RM 42.59
Jumlah kos = RM 2002.59


Pada hari yang sama iaitu 5 Oktober, anda telah menjual saham Jotech pada harga 0.085 sebanyak 280 lot.
Harga jualan = RM 2380.00
Tolak kom. jualan = RM 43.72
Jumlah = RM 2336.28

KEUNTUNGAN = 16.66% atau RM 333.69

Monday, October 05, 2009

Langkah-Langkah Sebelum Melabur


Mulakan dengan perancangan kewangan

Pelaburan saham perlu dianggap sebagai satu bentuk perniagaan. Ia memerlukan masa, pengetahuan dan duit untuk berjaya.

Tentukan matlamat pelaburan
Ada dua matlamat utama dalam pelaburan saham.
1. Mendapatkan pulangan aliran tunai dengan cepat dari keuntungan jualan saham.
2. Membina dan menambah jumlah kewangan dalam pelaburan.

Pilihan kaedah-kaedah ini bergantung kepada matlamat utama kita iaitu samada mendapatkan keuntungan dengan segera atau menambahkan aset. Keuntungan boleh didapati dari dividen.


Tentukan tahap risiko
Pilih tahap risiko dan jenis pelaburan di bawah kemampuan. Semakin besar peluang keuntungan, semakin besar risikonya.
1. Tahap risiko rendah
-Akaun tetap atau bond


2. Tahap risiko sederhana
-Syarikat blue chip, bank atau kewangan


3. Tahap risiko tinggi
-Syarikat yang sedang membangun atau baru diniagakan di bursa saham.

Friday, October 02, 2009

Cara-Cara Membeli Saham BSKL



-Melalui bank.
-Melalui syarikat sekuriti


Untuk melabur melalui syarikat sekuriti, pilih syarikat sekuriti yang anda minati dan daftar sebagai pelabur. Pihak sekuriti akan membantu mendaftar akaun cds dan melantik seorang remiser yang akan menjalankan urus niaga saham bagi pihak anda.
Teknologi sekarang telah membolehkan anda membeli saham secara online.
Boleh berurus niaga di rumah atau pejabat (jangan sampai kena tangkap dengan bos).
Kita pilih dan order sendiri harga saham. Kos, untung dan rugi ada tercatit sekali. Tak perlu phone remiser. Jumpa remiser hanya untuk ambil check shj.

Melabur Dalam BSKL






PERINGATAN
-Beli pada harga yang rendah dan jual pada harga yang tinggi.
-Untuk beginner jangan beli secara kontra.
-Jangan beli saham syarikat yang berstatus PN.