Monday, October 05, 2009

Langkah-Langkah Sebelum Melabur


Mulakan dengan perancangan kewangan

Pelaburan saham perlu dianggap sebagai satu bentuk perniagaan. Ia memerlukan masa, pengetahuan dan duit untuk berjaya.

Tentukan matlamat pelaburan
Ada dua matlamat utama dalam pelaburan saham.
1. Mendapatkan pulangan aliran tunai dengan cepat dari keuntungan jualan saham.
2. Membina dan menambah jumlah kewangan dalam pelaburan.

Pilihan kaedah-kaedah ini bergantung kepada matlamat utama kita iaitu samada mendapatkan keuntungan dengan segera atau menambahkan aset. Keuntungan boleh didapati dari dividen.


Tentukan tahap risiko
Pilih tahap risiko dan jenis pelaburan di bawah kemampuan. Semakin besar peluang keuntungan, semakin besar risikonya.
1. Tahap risiko rendah
-Akaun tetap atau bond


2. Tahap risiko sederhana
-Syarikat blue chip, bank atau kewangan


3. Tahap risiko tinggi
-Syarikat yang sedang membangun atau baru diniagakan di bursa saham.

No comments: