Tuesday, October 06, 2009

Cara-cara mengira keuntungan


Tujuan utama kita melabur ialah untuk mendapatkan keuntungan. Cara mengira keuntungan ialah menggunakan kaedah (peratusan kenaikan saham tolak kos).

Contoh 1

Nama Syarikat - Jotech
Bentuk Graf - Candlestick
Tempoh - 8 julai hingga 5 Oktober
Anda telah membeli saham Jotech pada 8 julai pada harga 0.065 sebanyak 310 lot.

Harga belian - RM 2,015.00
Tambah Kom. belian - RM 43.61
Jumlah kos = RM 2,058.61

Pada 3 Aug anda telah menjual saham Jotech pada harga 0.1 sebanyak 310 lot.
Harga jualan = RM 3,100.00
Tolak Kom. jualan = RM 44.93
Jumlah = RM 3,055.07
KEUNTUNGAN = 48.40% atau RM 996.46



Contoh 2
Anda telah membeli saham jotech pada 5 Oktober pada harga 0.07 sebanyak 280 lot.

Harga belian = RM 1,960.00
Tambah kom. belian = RM 42.59
Jumlah kos = RM 2002.59


Pada hari yang sama iaitu 5 Oktober, anda telah menjual saham Jotech pada harga 0.085 sebanyak 280 lot.
Harga jualan = RM 2380.00
Tolak kom. jualan = RM 43.72
Jumlah = RM 2336.28

KEUNTUNGAN = 16.66% atau RM 333.69

2 comments:

Anonymous said...

maaflah ye kiraan anda tu tak betul:
0.065 x 310 = 20.15
bukannya 2,015.00

Anonymous said...

sory2 betul la kiraan tu saya sulap anda kira 310 dalam lot bukan unit...sory ye thanks.