Wednesday, October 07, 2009

Modal paling sedikit

Hari ini satu soalan telah diajukan di chatbox blog ini:



SOALAN: Berapa modal paling sedikit untuk mula melabur?

JAWAPAN: Ia bergantung pada harga saham setiap syarikat.

Contoh

Nama Syarikat - TA-WB
Expiry date - 24/06/09
Harga (30/05/09) - 0.005

Jika anda membeli saham TA-WB sebanyak 1 lot pada harga 0.005 (harga paling rendah yang dibenarkan dalam BSKL)
Harga belian - 50 sen
Tambah kom. belian - RM 41.01
Jumlah kos - RM 41.51

Masalah sekarang ialah anda terpaksa menjual saham pada harga 0.830 hanya untuk mendapat keuntungan sebanyak 1.11% atau 46 sen.

Oleh itu melaburlah secara bijak. Semakin tinggi modal, semakin rendah peratusan keuntungan yang perlu dikejar. (Lihat post 'Cara-cara mengira keuntungan')

No comments: