Monday, November 02, 2009

Digi Lawan Maxis

Dua syarikat gergasi komunikasi iaitu Digi dan Maxis akan bertemu di Bursa Malaysia. Digi telah lama berada di Bursa. Maxis pula telah mengumumkan penyenarainya semula dalam Bursa. Pendapat penganalisis ialah ada pelabur Digi akan melompat ke Maxis. Ada juga yang tidak terlalu teruja kerana melihat prestasi Maxis dalam perniagaan tempatan dan bukannya luar negara.

Persaingan kedua-dua syarikat ini di kalangan pengguna akan berkembang ke Bursa Malaysia. Maxis mengumumkan harga sahamnya. Digi pula mengumumkan dividennya.

Harga saham Maxis (IPO) - RM 5.20
Harga saham Maxis (Bursa) - Akan diumumkan pada 9 hb Nov.
Dividen - 75% daripada keuntungan akan dibayar sebagai dividen
Maxis akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 19 hb Nov 2009.

Harga saham Digi - RM 21.50
Dividen - 75 sen

VS

Maxis adalah syarikat besar berstatus antarabangsa. Kemasukannya dalam Bursa Malaysia akan menaikkan 'market value' Bursa Malaysia sebanyak 4.2%. Dijangkakan pelabur asing sangat berminat dalam pembelian saham Maxis. Empat pelabur besar tempatan bersetuju untuk mengambil 28% dari penjualan saham dan menyimpannya paling kurang 6 bulan iaitu KWSP, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan dan Fidelity.

Digi telah melancarkan 2 post dan prepaid untuk kegunaan keluarga dan pengguna prepaid pada Julai 2009. Pada May 2009 , Digi dalam persetujuan memberi hak kepada Baraka Telekom menggunakan GSM miliknya. Pengguna Digi meningkat dari 6.8 juta pada awal tahun 2008 kepada 7.1 juta pada akhir tahun 2008. Peningkatan hasil Digi ialah 10%. Digi juga telah selesai penukaran 3G Spectrum pada May 2008. Suku pertama 2009 keuntungan Digi adalah sebanyak 3%.

Perbincangan kita di sini ialah antara Digi dan Maxis, siapakah yang lebih berjaya? Siapa yang mendapat untung? Adakah harga saham Digi akan turun? Adakah harga saham Maxis akan naik? Bagaimana mentaliti pelabur-pelabur Malaysia?

Sila beri pendapat anda !!

No comments: